Ini
merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad SAW
dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan
kelak.
Berikut
diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia
pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam a.s. yaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zuhur:
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi
Ibrahim a.s. yaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat
pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat
ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat
keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Ashar:
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Ashar ialah Nabi
Yunus a.s. yaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan
Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu
telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan,
Yaitu :
Rakaat
pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat
kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat
ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat
keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. yaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari
kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari
kejahilan tersebut
Rakaat
pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat
kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat
ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isya’:
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi
Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar
dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah
SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat
pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat
kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat
ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat
keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.
NB : Dan kesempurnaan sholat di tunjukkan kepada Rasulullah dengan melakukan
perjalan untuk bertemu dengan ALLAH SWT,
“sholat itu mi’rajnya orang mu”min”
itulah kesempurnaan sholat,,,,
barang siapa yang hendak bertemu dengan TuhanNya, hendaklah melalaui Rasulullah.
Cuma Rasul yang bisa bertemu dengan yang Haq...
^_^,,,
“sholat itu mi’rajnya orang mu”min”
itulah kesempurnaan sholat,,,,
barang siapa yang hendak bertemu dengan TuhanNya, hendaklah melalaui Rasulullah.
Cuma Rasul yang bisa bertemu dengan yang Haq...
^_^,,,
0 comments:
Post a Comment
santun berbahasa dan seksama dalam berpikir